Cake

Cake

Friday, 27 January 2017

KEK PERKAHWINAN KEDUA CIPTAAN SAYA (EMBROIDERY PAINTING)



Salam sejahtera .. selamat tahun baru cina

ini adalah pengalaman pertama saya mencipta kek perkahwinan yg bertingkat teknik lekat,dan berlukis sulaman.kek ni saya sponsor utk anak saudara saya yg melangsungkan perkahwinannya bertemakan warna hijau.dlm nya berisi kek coklat lembab'dua minggu jugak saya mengambil masa menyiapkan bunga2nya.antara yg mencabar keupayaan saya ialah membuat bunga orkid dan melukis sulaman diatas kek ini.rupa2nya kek jenis stack ini lebih sukar lg bila masa saya nak menghantar kerumah pengantin..kebetulan ari tu saya kena jgak masak dan menyediakan lauk pengantin.pepagi lagi saya dah bawa kek yg yg belum dilekat kan bunganya kerana saya nak menghiasnya dirumah pengantin..sampai disana saya pn mulalah melekat kek ni bertingkat2.setiap tingkat saya harus hias dgn bunga2..masaalahnya bila saya dah balut kek ini dgn fondant siap2semalaman siap konon nak menjimatkan masa rupa2 nya dah mengeras.punyalah susah saya nak cucuk bunga2 hiasannya sampai byk bunga2 saya buat pecah2 dan patah..mujurlah saya ada menyediakan pes gula utk saya lekatkan disudut kek itu utk saya cucuk bunga2 ..berpeluh2 saya menyiapkan..mana taknya saya asssume keje2 menghias kek ini dlm 2 jam dah jadi 3 jam.sedangkan lauk2 pengantin saya tak ukir lagi bunga2 sayurannya..nasib baiklah saya dah siap2 masak ayam golek dirumah,udang galah berempah dan segala dessert saya dah buat ..saya dah mula panik..mujur ada kakak2 jiran yg menolong.mereka lah yg tolong susun lauk pauk dlm pinggan saya tinggal nak mengukir sayur dan buah dan menghiaskanya..akhirnya pukul 1 tgh siap semua lauk2 dan kek saya..alhamdulillah sgalanya brjalan lancar..apapun saya belajar dr pengalaman..pertama..saya tak nak lg buat kek yg jeis lekat2 lagi kerana renyah nak menyediakan nya..dan kedua saya x boleh buat dua tugasan dlm satu masa..sbnya saya terlalu letih,pressure sehingga saya x lalu makan dan kepenatan.masa majlis utk berjlan saya terduduk kat sudut rumah mcm nak pengsan dgn pakai baju kurung kain batik jer.

No comments:

Post a Comment