Cake

Cake

Saturday 28 January 2017

TEMPE MASAK LEMAK IKAN KURAU/MASIN

Resepi saya kali ni ialah berasaskan tempe..biasa tempe saya masak goreng berempah tp kali ni saya cuba masak lemak..apa yg menarik tempe ni saya campurkan dgn ikan masin dan ditumis dgn marjerin dan tauco..mmg pelik dgrnya tp bila anda mencubanya x kan mengecewakan..
RESEPINYA:
3 sudu besar planta
4 keping tempe dipotong mengikut citarasa
2 sudu besar taucu
bawang besar dihiris utk hiasan
lada hijau di potong memanjang
santan pekat
pati santan
ikan kurau kering dibuang tulang atau isi ikan masin lain
BAHAN KISAR
5Biji cili merah
1 batang serai
1 in.halia
1 in kunyit hidup
3biji bawang merah
3 ulas bawang putih
CARANYA:
-panaskan planta sehingga naik bau
-kemudian masukkan bahan kisar,kacau dan gayl sampai naik bau
-masukkan sedikit air masak
-masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih
-masukkan taucho dan digaul rata/yg ni jika x suka abaikan
-masukkan tempe dan digaul rata
-kecilkan api dan masukkan ikan kurau,kacau sehingga sebati
-masukkan bawang besar yg dipotong nipis
-masukkan lada hijau yg dipotong td
-gaulrata sehingga mendidih..
biasa saya x bubuh garam kerana kuah dah sedia masin oleh kemasinan ikan kering itu sendiri tp kalau anda nak bubuh ikut citarasa sendiri terpulang

SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment