SALAM SEJAHTERA, SELAMAT BERTANDANG KE BLOG SAYA. DI SINI ANDA DAPAT MENGETAHUI SECEBIS KISAH HIDUP SAYA SEPERTI MASAKAN DAN JUGA AKTIVITI HARIAN. HARAP BERMANFAAT.
Cake
Saturday, 11 February 2017
Talam ubikayu berlapis
Assalam..resepi saya kali ni talam ubi kayu berlapis.biasanya talam ubi ni haya dibuat lapisan bawahnya gula merah atau gula putih tp kali ni saya gabungan menjadi dua warna supaya nampak kelaianan sedikit..resepi ni saya ambil dr google jer tp saya ubah suai sedikit..walaupun talam ubi kayu tak mendapat tempat dirumah saya tp saya suka membuatnya bila masa ada kenduri kendara atau pun utk di bawa ke majlis jamuan..lama jugak saya tak"menalam" kuih ubi kayu ni tp atas permintaan anak saya yg masih belajar di sekolah pondoknya..dimana ubikayu kali ni adalah hasil tanamannya bersama rakan2 makan dikirim ubikayu pd saya utk dibuat kuih talam bg disedekahkan di sekolahnya..untuk resepinya ialah.
Bahan2
utk lapisan bawah..
-4 cawan ubikayu yg diparut anggaran 2 kg..saya parut atau blender.kemudian saya tapis airnya..atau perah cket..tp jgn buat air tapisan tu kerana ada sagunya nanti kita ambil kembali .bahagi dua parutan ubikayu ni utk buat lapisan bawahnya
LAPISAN COKLAT-2cawan dr ubi parut tu saya campurkan dgn 3/4cawan gula merah/melaka(masakkan gula ni dgn 1/2 cawan air)
santan1/2 cawan
tepung gandum 2 sudu besar
1camt.esen vanila
-campurkan kesemuanya dan ketepikan
LAPISAN KUNING-2 Cawan ubi kayu parut td saya campurkan dgn 1/2cawan gula pasir2
-2sudu besar gula pasir
sedikit perwarna kuning
1/2 cawan santan kelapa
sedikit esen ros
kesemua ni saya gaul rata dan ketepi
caranya..mula2 saya kukuskan adunan gula pasir (warna kuning) setelah masak saya lapiskan adunan gula merah bila masak adunan kuning saya tekan2 cket dgn daun pisang supaya padat..
seetelah itu akhir sekali baru saya lapisakan adunan kepala talam iaitu lapisan atas putih.
ADUNAN KEPALANYA:
-4cawan santan pekat
-2sudu kecil garam
-11/2cawan tepung gandum
kesemua ni saya campurkan dan tuang atas lapisan ubi tadi..dan kukuslah hingga masak..
SELAMAT MENCUBA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment