Cake

Cake

Sunday 25 December 2016

RESEPI HOMEMADE SARDINE TIN
Sengaja saya postkan gambar sandwich sardin kali ni tp tujuan sebenarnya bukan resepi sandwich yg saya nak kongsikan tp saya nak tunjukkan sandwich yg saya buat ini menggunakan sardin tin buatan saya sendiri..lagi sedap dan terjamin kebersihan nya metelaah lg skrg harga sardin tin meningkat naik apa kata kita cuba buat sardine sendiri .saya mencadangkan utk memasak sardin ni adalah lebih baik menggunakan periuk tekanan atau noxxa kerana texture sardin akan lebih lembut termasuk tulang ikan itu sendiri..tambahlah air sedikit kerana bimbang nanti sosnya jd kering selepas masak..selamat mencuba..



Monday 19 December 2016

NASI GORENG VIETNAM DAN
AYAM MASAK KARAMEL



resepi saya kongsikan kali ini adalah dr rakan saya Malina Mohamad..walaupun saya belum pernah lagi melancung ke vietnam tp dpt merasa nasi goreng vietnam pun jadilah.resepi ni saya gandakkan bahan2 nya kerana saya buat utk makan 6 org..apa yg menyedapkan nasi goreng ini adalah kerana salah satu ramuannya ialah hirisan daun ketumbar yg menjadi rasanya ada kelainan..mmg masakan vietnam sinonim dgn daun ketumbar ni..tp saya akui..kerana daun ketumbar ni yg menjadikan nasi goreng ni unik sekali..selamat mencuba dan anda x kan kecewa




AYAM MASAK KARAMEL

Apa yg menarik ya ayam masak karamel..jika sesiapa biasa makan di pizza hut anda,akan biasa lihat menu kepak ayam panggang original dan spicy yg dibungkus dlm aluminiun foil..resepi yg saya kongsi kan ini lebih kurang rasanya mcm tu..anak2 saya suka makan meratah mcm tu sahaja..jika anda nak rasa pedas lg bolehlah tambah serbuk cili dan cili sos..saya lebih suka tambah kicap dan serbuk cili..masak lah dgn api sederhana dan tunggu sehingga kuah mya pecah minyak..balik2 kan selalu ayam ni supaya ayam merata disalut kuah..boleh utk seekor ayam tp saya lebih suka guna kepak dan peha ayam..selamat mencuba


Friday 16 December 2016

AYAM GORENG BEREMPAH DAN
SAMBAL NENAS IKAN MASIN

Resepi kali ni adalah salah satu lauk kegemaran anak-anak saya..ada lauk ni pun cukup bg mereka..byk resepi yg saya ikuti tp resepi ni bg saya yg paling saya sukai..mudah disediakan
Resepinya"
1 ekor ayam dibelah 8@12
2biji bawang merah
3biji bawang putih
Serai 3 batang
Lengkuas 2 inci
Rempah biji;ketumbar 1sudu besar
Jintan manis 1 sudu besar
Jintan putih 1 sudu besar
(Rempah2 ni ditumbuk halus)
3 biji cili api

Semua bahan2 diatas dikisar halus
Serbuk kunyit dan rempah kari 1sudu besar
Garam secukup rasa
Sedikit tepung jagung utk digaul dlm perapan ayam
Caranya:
Semua bahan2 kisar td dan rempah yg ditumbuk tadi digaul rata bersama ayam.masukkan garam dan serbuk kunyit dan kari serta tepung jagung..gaul rata dan perapkan sekurang2 nya 1 jam
Setelah tu barulah digoreng seperti biasa

 Sambal nenas ikan masin
Sambal nenas ni saya dpti dr sahabat saya Nik Rohani..selalunya saya biasa buat sambal mangga tp kali ni saya kongsikan resepi sambal yg istemewa ini.mmg sedap makan dgn nasi panas2
Resepinya..
1biji nenas saya potong spt batang mancis
Ikan cencaru masin @ ikan isi spt ikzn merah/talang/yu -dibakar @goreng kemudian ditumbuk kasar
Cili padi 6-8 biji
Cili merah 2 biji
(Ditumbuk kasar)
Air limau dlm 2 sudu besar
Garam dan gula secukup rasa
Caranya:
Gaul rata nenas,cili2 yg ditumbuk serta ikan masin yg digoreng/bakar
Kemudian perasaksn dgn gula,garam dan limau secukup rasa..

Selamat mencuba sekian resepi saya kali ini..selamat mencuba pasti tak mengecewakan..

Wednesday 14 December 2016

Siakap goreng kerabu mangga
Bebola ayam sos pelam


Hari ini saya masak lauk hasil perkongsian saya dgn sahabat saya..iaitu ikan siakap goreng dgn kerabu mangga dan bebola ayam masak sos plum...resepi ikan siakap tu goreng spt biasa saja cuma saya tambah kan kerabu mangga diatasnya
 Resepi kerabu mangga.
Sebiji mangga di sagat halus
Cili api 4 biji
Bawang merah 3 biji di hiris
Gula,/garam secukup rasa
Daun ketumbar dihiris halus
Bunga kantan sebatang di hiris bunganya
1sudu besar sos ikan
Caranya;
Hiris bawang,cili padi dan bunga kantan dan daun ketumbar
Campurkan dalam bekas bersama jirisan mangga kemudian campur gaul kan dgn gula,sos ikan dan secubit garam setelah itu tuang kan atas ikan goreng td




Sunday 11 December 2016

kek birthday Naim





kek birthday NAIM...beberapa hari lagi nak menyambut hari jadi Naim tetiba suatu petang dia berckp pada saya dia nak kek ada lembu..saya terkedu mendengarnya sebelum ni saya saya tak terpikir yg dia boleh nak kek yg pelik2..tapi oleh kerana saya tak nak mengecewakan nya saya pun search dlm internet cara membuat kek 3D..Puas saya cari kek bentuk lembu tp tak jumpa2..lama kelamaan saya fikir apa kata saya buat sebiji kek dan letak toppingnya icon lembu..saya pun mula membuat lek coklat moist yg menjadi kek kegemaran Naim..sementara kek masak dlm oven saya menguli  pes fondant untuk membuat seekor lembu.rupa2nya mencabar jugak'sya pikir takkan nak letak sekor lembu jer..saya mereka binatang2 lain spt itik dan angsa..bila kek siap masak saya mula membuat topping nya dgn coklat ganache dan hias tepinya dgn fresh cream..nampaknya saya silap..fresh krim yg saya paip kan itu tak nak melekat pd kek yg saya salut dgn krim ganache ..nak buat camna..saya biarkan jerlah..atas kek tu saya buat sungai n rumput2..selesai siapkan kek saya buat pulak bbrp juadah lain..tiba lah saat2 yg dinantikan mlm tu bila naim balik dr kelas tusyen saya sya hidangkan kek yg diminta2 selama ini dia punya sukaaaa..sampai tak sabar2 untuk memotong kek nya tapi apa yg dia ambil dulu?....CUBA TEKA😜😜

Friday 9 December 2016

KEK KAHWIN FONDANT REKAAN PERTAMA


pertama kali saya buat kek kahwin fondant selepas Sara mempelajarinya sebulan.mmg saya berniat utk mempelajari sejak lama lagi memandangkan masa tu kek ni mmg terkenal dgn ketahanan nya.utk buat kek ni saya menyiapkankan bunga2 dan dedaunnya hampir  250 kuntum selama 2 minggu.menyalut kek ni selama 3 hari.sara hanya belajar dua tiga jenis bunga je tp disebabkan sara nak bunganya lain dr yg lain sara cuba search dln u tube dan. google..huhh berpeluh jugak menyiapkan nya.proses membuat bunga bermula dr pukul 10 pagi sehingga 5 ptg.sara berehat hanya utk solat dan makan sahaja.setelah siap bunga2 nya sara simpan dln tupperware sehinggalah lagi 5 hari sara nak menghantar kek ini baru sara mulakan proses membalut kek ini.masa tu mmg mencabar  sara kena menguli gula fondant sebanyak 6 kilo sehari'letihnya tuhan yg tahu.sampai hari yg ketiga tiba lah saat yg paling sara suka iaitu menghiasnya..masa ni sara kena membuat royal icing utk melekatkan bunga2 nya dan melukis atas kek itu.hari prtama dan kedua bjalan lancar..sampai lah nak menghias kek yg dibawah sekali tiba2 bunga2 sara semuanya jatuh kelantai..aduhh..berderai kelopak2 bunga sara yg berbaki..lusa dah nak hantar'..nasib baiklah bunga2 tu sara yg buat maka sara terpaksa menguli lagi pes bunga dan membuat semula manakala yg mana sara boleh gam sara lekatkan balik..mujur lah lusa nk hantar sempat lah bunga sara mengering..dlm hati sara bersyukur kerana nasiblah bunga2 tu sara yg buat kalau tak mau menangis sara nak membeli bunga2 yg ready made dgn masa yg x cukupnya..satu  pengajaran sara dapat..lain kali kala sara nak buat kek fondant lg sara mesti buat extra bunga..jika berlaku yg kita x sangka kita ada bunga exra utk backing.apa pun sara bangga bila kek sara menjadi dgn jayanya dan dpt pujian dr saudara mara..kek ini sara sponsor utk anak saudara sara dgn jaya nya😊