Cake

Cake

Saturday 28 January 2017

TEMPE MASAK LEMAK IKAN KURAU/MASIN

Resepi saya kali ni ialah berasaskan tempe..biasa tempe saya masak goreng berempah tp kali ni saya cuba masak lemak..apa yg menarik tempe ni saya campurkan dgn ikan masin dan ditumis dgn marjerin dan tauco..mmg pelik dgrnya tp bila anda mencubanya x kan mengecewakan..
RESEPINYA:
3 sudu besar planta
4 keping tempe dipotong mengikut citarasa
2 sudu besar taucu
bawang besar dihiris utk hiasan
lada hijau di potong memanjang
santan pekat
pati santan
ikan kurau kering dibuang tulang atau isi ikan masin lain
BAHAN KISAR
5Biji cili merah
1 batang serai
1 in.halia
1 in kunyit hidup
3biji bawang merah
3 ulas bawang putih
CARANYA:
-panaskan planta sehingga naik bau
-kemudian masukkan bahan kisar,kacau dan gayl sampai naik bau
-masukkan sedikit air masak
-masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih
-masukkan taucho dan digaul rata/yg ni jika x suka abaikan
-masukkan tempe dan digaul rata
-kecilkan api dan masukkan ikan kurau,kacau sehingga sebati
-masukkan bawang besar yg dipotong nipis
-masukkan lada hijau yg dipotong td
-gaulrata sehingga mendidih..
biasa saya x bubuh garam kerana kuah dah sedia masin oleh kemasinan ikan kering itu sendiri tp kalau anda nak bubuh ikut citarasa sendiri terpulang

SELAMAT MENCUBA


Friday 27 January 2017

KEK PERKAHWINAN KEDUA CIPTAAN SAYA (EMBROIDERY PAINTING)



Salam sejahtera .. selamat tahun baru cina

ini adalah pengalaman pertama saya mencipta kek perkahwinan yg bertingkat teknik lekat,dan berlukis sulaman.kek ni saya sponsor utk anak saudara saya yg melangsungkan perkahwinannya bertemakan warna hijau.dlm nya berisi kek coklat lembab'dua minggu jugak saya mengambil masa menyiapkan bunga2nya.antara yg mencabar keupayaan saya ialah membuat bunga orkid dan melukis sulaman diatas kek ini.rupa2nya kek jenis stack ini lebih sukar lg bila masa saya nak menghantar kerumah pengantin..kebetulan ari tu saya kena jgak masak dan menyediakan lauk pengantin.pepagi lagi saya dah bawa kek yg yg belum dilekat kan bunganya kerana saya nak menghiasnya dirumah pengantin..sampai disana saya pn mulalah melekat kek ni bertingkat2.setiap tingkat saya harus hias dgn bunga2..masaalahnya bila saya dah balut kek ini dgn fondant siap2semalaman siap konon nak menjimatkan masa rupa2 nya dah mengeras.punyalah susah saya nak cucuk bunga2 hiasannya sampai byk bunga2 saya buat pecah2 dan patah..mujurlah saya ada menyediakan pes gula utk saya lekatkan disudut kek itu utk saya cucuk bunga2 ..berpeluh2 saya menyiapkan..mana taknya saya asssume keje2 menghias kek ini dlm 2 jam dah jadi 3 jam.sedangkan lauk2 pengantin saya tak ukir lagi bunga2 sayurannya..nasib baiklah saya dah siap2 masak ayam golek dirumah,udang galah berempah dan segala dessert saya dah buat ..saya dah mula panik..mujur ada kakak2 jiran yg menolong.mereka lah yg tolong susun lauk pauk dlm pinggan saya tinggal nak mengukir sayur dan buah dan menghiaskanya..akhirnya pukul 1 tgh siap semua lauk2 dan kek saya..alhamdulillah sgalanya brjalan lancar..apapun saya belajar dr pengalaman..pertama..saya tak nak lg buat kek yg jeis lekat2 lagi kerana renyah nak menyediakan nya..dan kedua saya x boleh buat dua tugasan dlm satu masa..sbnya saya terlalu letih,pressure sehingga saya x lalu makan dan kepenatan.masa majlis utk berjlan saya terduduk kat sudut rumah mcm nak pengsan dgn pakai baju kurung kain batik jer.

CADBURY CONGO BAR

CADBURY CONGO BAR.

Hari ni saya nak kongsikan satu lg resepi yg saya dpt  dr facebook saya..percubaan pertama saya nampaknya menjadi..alhamdulillah..kek yg ringan dan mudah penyediaannya..bg yg suka coklat mmg sesuai sgt.kek ni saya x perlukan mixer kerana penyediaannya amat senang..bg yg nak buat jamuan ringan ,berkelah saya cadangkan kek sesuai sgt utk dihidangkan.

Resepinya:
5cawan tepung naik sendiri
6 biji telur ayam
2 cawan coklat chip
1 1/2 cawan butter
2 cawan gula perang
sekeping besar coklat cadbury bar
1 camca teh esen vanilla
CARANYA
-gula perang dan butter di putar dgn senduk kayu sehingga kembang
-setelah kembang bubuh telur satu persatu dan kacau rata.kemudian tuangkan esen vaniila
-setelah kembang.tuanfkan coklat chip dan tepung naik sendiri td..
tuangkan atas loyang/tray yg dilapik dgn kertas minyak dan susun lah coklat cadbury td diatas nya
+ bakarlah selama 30 minit dgn api atas bawah dlm suhu 170c..
selamat mencuba..