Cake

Cake

Saturday 25 March 2017

ACAR LIMAU ISTIMEWA ALA INDIA



Resepi saya kali ni ialah acar limau ala india...menjelang bulan rejab ni ada diantara kita yg rajin berpuasa sunat..jadi lauk yg rengkas utk bersahur salah satunya ialah acar limau..biasa saya buat acar buah2 an kering dan bubuh ikan masin..tp kali ni saya rajin nk buat jeruk limau sb saya nk cuba pulak buat acar ala india yg guna serbuk cili dan serbuk halba..
    sebelum buat acar ni terlebih dahulu saya buat jeruk limau dahulu.biasanya proses buat jeruk ni makan masa dlm 2 minggu.lepas tu baru saya buat acarnya..limau yg sedap dibuat acar kalau dikedah ni kami guna buah limau telur buaya sb isinya yg tebal dan kurang pahit berbanding dgn limau nipis.
resepinya:
(JERUK LIMAU)
bahan-bahannya
1 kg limau nipis(atau limau apa yg sesuai dibuat acar)
150 garam kasar
1 kg gula pasir
caranya:
limau di basuh bersih dan di rebus dgn daun senduduk sedikit utk membuang rasa pahitnya..apabila mengelegak padam kan api,tapis air rebusan tu dan buangkan,kemudian masukkan limau yg di gaul dgn garam ke dlm balang selama seminggu..setelah itu buang air garam td masukkan air gula yg dimasak dgn 1 cawan air .setelah cair biarkan sejuk rendam pulak limau td dlm air gula tu selama seminggu..
RESEPI ACAR LIMAU
Bahan-bahannya:
20 gm biji sawi..anggaran 2 sudu besar
40 gm halia di hiris halus mcm btg mancis
20 gm cili padi dibelah 2
1/2 cawan cuka
15 gm halba digoreng dan ditumbuk/ dikisar halus
30gm serbuk cili atau sepeket kecil
250 gm gula
1 cawan minyak bijan..saya lebih suka campur separuh minyak bijan dan separuh minyak sawit daun kari
CARA MENYEDIAKANNYA
toskan limau yg telah direndam selama 2 minggu
panaskan minyak masukkan biji sawi,serbuk halba,serbuk cili,gula dan daun kari.
kacau rata dan naik baunya.kemudian padamkan api masukkan limau td dan gaul rata hingga sama rata.
.setelah sejuk masukkan dlm balang.biarkan selama sekurang2 nya 5 hari baru sedap makan.



Saturday 11 March 2017

LAKSA JOHOR


Laksa johor hidangan saya pd kali ni..lama sudah saya tak buat laksa ni tp salah satu laksa kegemaran saya ialah laksa johor..rasa rempah ,ikan masin dan udang kering dlm kuahnya membuatkan laksa ni ada keunikkan rasanya..bila ada kuah nya berlebihan saya akan keringkan sehingga menjadi serunding dan sedap dimakan dgn nasi panas-panas..laksa ni ada yg juga yg dimasak kuahnya dgn rebus semua ramuannya atas api dan ada juga yg tumis darat..saya kongsi resepi ni dr facebook saya.masa saya kecil2 dahulu bila berhariraya di kampung ayah saya di Johor laksa nilah yg saya cari dulu.pertama kali saya tgk laksa yg dimakan bersama sambal belacan..org kata laksa ni renyah sikit penyediaannya tp nak sedap saya cadangkan guna ikan parang..tp agak susah skrg nak dpt ikan parang saya guna ikan kembung campur ikan sardin sikit.

LAKSA JOHOR
BAHAN-BAHANNYA
bahan utama
spaghetti/laksa
(rebus sampai lembut)
bahan kuah
ikan sardin/kembung 15 ekor.
udang 300 gm
udang kering 100gm
ikan kurau masin(apa2 ikan isi pun boleh) 100 gm
serbuk kari 5 sudu besar
kerisik 3 sudu besar
gula melaka
garam
santan 300 gm
bunga kantan 1(belah 2)
daun kesum
asam keping 5
BAHAN KISAR
cili kering 15 tangkai
bawang merah 10 biji
bawang putih 4 biji
lengkuas 2 in
halia 2 in
BAHAN TUMBUK
jintan manis 2 sudu besar
ketumbar 2 sudu besar
(sangai dahulu pastu baru tumbuk sampai halus)
BAHAN HIASAN
timun
kacang panjang
daun kesum
bunga kantan
bawamg besar
limau kasturi
(hiris ikut mcm dlm gambar tu)
telur rebus..yg ni optional
CARA PENYEDIAAN
1)rebus ikan sampai masak,sejukkan ambik isi..blend sampai halus air rebusan jgn buang.
2)rebus udang dgn kulitnya..kemudian ambil isi dan airnya di blend sampai halus
3) rendam udang kering dan ikan masin kurau sampai lembut..pastu blend sampai halus
4)panaskan minyak...tumis bahan kisar sampai betul2 pecah minyak..masukkan rempah kari,serai dan bahan tumbuk jintan ketumbar.
5)masukkan kesemua bahan kuah...slowkan api..renehkan...sampai kuah pekat
6)kuah dah masak bolehlah dihidangkan bersama laksa dan sambal belacan.
(sambal belacan ni saya gunakkan cili kering yg direbus dlm 6 Batang kemudian saya tumbuk spt buat sambal belacan biasa.saya perahkan limau cket)

SELAMAT MENCUBA

Monday 20 February 2017

KULIT TAHU BERINTI@NGOR HIANG








 kesemua bahan hiris dan cincang td di campur gaul bersama rempah,tepung beras dll
 bentangkan kulit tahu seperti ukuran popiah letak dln 2 sudu besar inti..kemudian sapu tepung yg dicampur air seperti gam sapulah dikeliling atas kulit tahu tu lipat spt popiah

Salam sejahtera..Hari ni saya nak share satu resepi masakan cina..dijamin halal..NGOR HIANG atau kulit tahu berinti ayam/udang dan sebagainya.dibalut dgn kulit fucuk dan digoreng.masakan yg agak meriah sbb byk bahan2nya juga.ini ada lah resepi yg pertama kali saya cuba..masyaallah sedap nya.boleh di buat lauk atau di makan begitu saja.lebih2 lg di cicah dgn sos cili.utk memudahkan puan mencuba resepi ni saya lampirkan gambar step by step utk membuatnya supaya faham..kulit fucuk tu kita boleh dapati di hypermarket.Hasilnya mmg memuaskan dan sedap .keluarga saya mengemarinya.biasa kita lihat kaum cina yg berjual tp kali ni saya dapat resepinya dr grup masakan yg saya ikuti..
kredit fb:mary teo lee na yg mau berkongsi resepi
BAHAN2NYA:
-3 Bungkus kulit fucuk(dilipat tiga potong dpt 12 keping,lapkan kulit fucuk dgn kain/tisu utk buang kotoran)
-1 kg isi ayam didadu kecil
-1 kg udang didadu kecil
-1 mangkuk bawang besar dicincang halus
-1mangkuk karot dihiris halus
-1 labu bawang putih di cincang halus
-1 mangkuk sengkuang dihiris halus
-1 mangkuk cendawan shitake fi rendam dan dihiris halus
-1 mangkuk daun bawang dihiris halus
-2 biji telur
-sedikit tepung beras utk dicampurkan supaya bahan x basah sgt.(saya letak dlm 4 sudu besar)
-1 sudu besar rempah campuran 5 sekawan(5 spice)
-2 sudu besar minyak bijan
-1 sudu besar serbul pati ayam
-2 sudu besar cuka putih
-2 sudu besar kicap cair
-sedikit garam,lada sulah dan gula secukup rasa
CARA-CARANYA:
-Gaulkan semua bahan mentah terlebih dahulu,kemudian masukkan telur dan tepung
-bila bahan mentah basah sgt biarkan perap selama 1 jam baru mula membalut
-1 keping fucuk masukkan 2 sudu besar dan balut mcm popiah.
-tepi kulit sapukan air tepung utk melekatkan
-kemudian baru goreng dpm minyak yg dipanas.
-api hendaklah sederhana besar bila mengorengnya kerana jika api kuat mgkin kulit fucuk cepat hangus sedangkan inti dlmnya masih belum masak lg.
jika dah dibalut jgn biarkan lama takut nanti pecah kulit fucuk.sebaiknya cepat2 digoreng dlm minyak terendam.ada jugak selepas dibungkus mereka kukus dulu kemudian baru goreng.terpulang nak buatnya..tp saya terus goreng aje..

SELAMAT MENCUBA HARAP BERPUAS HATIπŸ˜„πŸ˜„


TUMIS PERIA KENTANG IKAN MASIN

Resepi saya hari ni ada sayur peria.tp kali ni saya bawakan resepi dr sabah..matan menteri pelajaran kita iaitu Tan Sri Sulaiman punya resepi..biasa peria kita masak taucu,tumis dgn telur ,tumis cili tp kali ni saya bawakan resepi yg sedap sekali..tanpa lauk lain dgn satu lauk ni pun cukup bg saya..rasa ikan masin dan udang kering nya mmg menyelerakan masakan peria ni..anak2 saya x suka peria tp bila saya masak dgn resepi ni sejak tu anak2 saya suka peria.makan dgn nasi panas2 mmg sedap.
BAHAN-BAHANNYA
-1/2 biji peria..di hiris rendam dlm air garam sebentar bg kurang rasa pahitnya
-1 biji ubi kentang ukuran besar.(dipotong dadu)
-1 keping ikan masin jenis isi spt tenggiri jeruk,merah atau talang..(digoreng dahulu)
-*2 sudu besar udang kering rendam sebentar
*4 ulas bawang merah
*3ulas bawang putih
*2 biji cili api
semua bertanda * ditumbuk kasar.
-cili merah (dihiris)
garam dan gula secukup rasa

CARANYA:
-ubi kentang yg dipotong dadu td di gaul garam kunyit dan goreng sehingga lembut
angkat toskan
-masukkan bahan yg ditumbuk td tumislah hingga garing.
-masukkan peria gaulkan dan masukkan sedikit air utk lembutkn peria.
-setelah peria lembut masukkan ubikentang goreng td,cili hiris garam dan gula secukup rasa.kacau rata
-akhir sekali masukkan isi ikan masin yg diramas cket kacau rata dan angkat

SELAMAT MENCUBA.πŸ˜€

Saturday 18 February 2017

TELUR DADAR PADANG


Salam hujung minggu sahabat..Hidangan kali ni nampak simple kan.maklumlah sapa yg tak kenal telur dadar.. tp telur dadar yg sara nak sara perkenalkan ni istemewa cket kerana rasanya yg enak sekali.berasal dr PADANG Indonesia yg mana resepi2 tempat mereka mesti tak ketinggalan dgn rempah ratus nya.Telur dadar PADANG ni texture nya tebal seperti mertabak dan sgt sedap..keharuman rempah nya dan bau kelapa parut yg ada menambah selera saya bila berlaukkan telur dadar ni.ok resepi nya spt ini
BAHAN-BAHANNYA:
4 biji telur ayam
4 sudu besar kelapa parut..(nak sangai dulu pun tak mengapa)
3 Sudu besar tepung beras
1Biji cili merah di potong serong
Sedikit daun bawang dihiris
sedikit daun sup dihiris
1sudubesar serbuk ketumbar
1sudu besar serbuk lada sulah
1/2 biji bawang besar dihiris
BAHAN TUMBUK
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARANYA:
-masukkan semua adunan telur kedalam bekas dan dipukul rata

-kemudian masukkan bahan tumbuk
-tambah garam secukup rasa
-pijarkan minyak hingga panas masukkan adunan telur
-apabila telur tgh menaik kecilkan api sedikit kemudian tutup kuali
-bila agak2 masak terbalikkan telur dadar tersebut kemudian tutup.
 - bila agak masak baru di angkat.
SELAMAT MENCUBA.

Wednesday 15 February 2017

BAKWAN SAYUR@CUCUR SAYUR


Salam sahabat..petang ni saya nak perkenalkan satu resepi yg menarik dimana resepi ni saya dapat dr fb saya..resepi ni saya adaptasi dr video Rozita  pengasas ratu jamu malaya..namanya BAKWAN SAYUR atau dikenali cucoq sayur kata orang kita.resepi berasal dr Indonesia sebenarnya..bolehlah lah saya katakan salah satu cucur sayur yg paling sedap yg pernah saya makan ialah YAOHAN MALL  bersebelahan dgn hentian putra di jln tun razak.ketika itu saya masih diusia remaja lagi..tiap kali saya pi mall tu saya akan makan di food court di basement mall tu.bakwan nya mmg sedap dan garing penuh dgn sayur2an dan mmg laku ketika itu.
apa yg menyedapkan bakwan ni ialah kerana rempah ratusnya yg dicampur dlm adunan ni seperti lada putih(lada sulah) dan udang kering dlm adunan bancuhan bakwan ni..ada kelainan rasanya yg tersendiri dan rangup serta garing .ok ini resepinya
BAHAN-BAHANNYA:
1/2 biji kobis....dihiris nipis2
1 batang karot di hiris spt btg mancis
1pokok daun sup/seleri
secekak daun kucai
*4biji cili api
*4-5 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
*2 sudu besar lada sulah
 *3/4 cawan udang kering(rendam sebentar
*4-5 biji buah keras
3 sudu besar serbuk ikan bilis
garam secukup rasa
1/2 kilo tepung gandum
air ais secukupnya utk bancuhan bakwan
yg bertanda *ditumbuk halus
CARA2 BUATNYA:
-Masukkan tepung dlm bekas adunan
-kemudian masukkan hirisan sayur2 spt karot,kobis,daun kucai,daun sup dll.spt cili besar,bawang(yg ni pilihan)
-tumbuk halus bawang merah,bawang putih,lada sulah,udang kering dan buah keras.
-kemudian masukkan adunan tumbuk td dlm bekas tepung td gaul lah dgn garam dan serbuk ikan bilis
-akhir sekali masukkan air ais sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan kental seperti buat cucur kodok
-setelah itu panaskan minyak.bila minyak panas tempekkan adunan bakwan ni ditepi2 kuali dlm sesenduk..setelah tu jiruslah minyak sedikit2 atas adunan sehingga tepung tu jatuh perlahan dlm minyak..goreng lah hingga masak dan garing

SELAMAT MENCUBA..

Sunday 12 February 2017

BINGKA UBI COKLAT



Resepi saya kali ni masih berasaskan ubi kayu juga..tp kali ni saya buat bingka ubi yg biasanya guna gula merah tp saya ubahsuai dgn koko pulak..sekali sekala kita tukar selera pd citarasa lain yg kuih tradisional ni diubah suai tetapi masih mengekalkan rupa kuih tersebut..anak-anak saya bila saya hidangkan kuih bingka gula merah mmg kurang sambutan tp bila saya letak koko ramai yg menyukainya kerana texture bingka ni mcm kek coklat lembab tp x berderai dan kenyal mcm kuih bengkang..jika anda nak cuba kelainan bingka boleh lah cuba resepi ini ya.Saiz bingka yg sara gunakan ini ialah loyang bingka yg saiz kecik.tp kalau loyang puan bersaiz besar boleh lah gandakan sukatannya.

BAHAN-BAHANNYA:
-6 cawan ubi kayu yg di sagat/parut
-3 cawan gula
-3/4 koko yg diayak
-1 kotak santan ukuran kecil atau 250gm santan pekat
-1sudu besar mentega dicairkan
-2 biji telur(dipukul)
-1sudu kecil garam
-1 sudu esen vanila
CARA MEMBUATNYA:
-Campur semua bahan hingga sebati
-Tuang ke dalam satu tin pembakar ukuran sederhana  yg disapu minyak
-bakar dgn suhu 190 darjah celcius selama 45 minit  hingga masak dan perang
-sejukkan dahulu baru keluarkan sebelum dipotong  keping
-hidang utk minum teh petang
 SELAMAT MENCUBA YA..πŸ˜„πŸ˜„