Cake

Cake

Saturday 18 February 2017

TELUR DADAR PADANG


Salam hujung minggu sahabat..Hidangan kali ni nampak simple kan.maklumlah sapa yg tak kenal telur dadar.. tp telur dadar yg sara nak sara perkenalkan ni istemewa cket kerana rasanya yg enak sekali.berasal dr PADANG Indonesia yg mana resepi2 tempat mereka mesti tak ketinggalan dgn rempah ratus nya.Telur dadar PADANG ni texture nya tebal seperti mertabak dan sgt sedap..keharuman rempah nya dan bau kelapa parut yg ada menambah selera saya bila berlaukkan telur dadar ni.ok resepi nya spt ini
BAHAN-BAHANNYA:
4 biji telur ayam
4 sudu besar kelapa parut..(nak sangai dulu pun tak mengapa)
3 Sudu besar tepung beras
1Biji cili merah di potong serong
Sedikit daun bawang dihiris
sedikit daun sup dihiris
1sudubesar serbuk ketumbar
1sudu besar serbuk lada sulah
1/2 biji bawang besar dihiris
BAHAN TUMBUK
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARANYA:
-masukkan semua adunan telur kedalam bekas dan dipukul rata

-kemudian masukkan bahan tumbuk
-tambah garam secukup rasa
-pijarkan minyak hingga panas masukkan adunan telur
-apabila telur tgh menaik kecilkan api sedikit kemudian tutup kuali
-bila agak2 masak terbalikkan telur dadar tersebut kemudian tutup.
 - bila agak masak baru di angkat.
SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment