Cake

Cake

Monday 20 February 2017

KULIT TAHU BERINTI@NGOR HIANG








 kesemua bahan hiris dan cincang td di campur gaul bersama rempah,tepung beras dll
 bentangkan kulit tahu seperti ukuran popiah letak dln 2 sudu besar inti..kemudian sapu tepung yg dicampur air seperti gam sapulah dikeliling atas kulit tahu tu lipat spt popiah

Salam sejahtera..Hari ni saya nak share satu resepi masakan cina..dijamin halal..NGOR HIANG atau kulit tahu berinti ayam/udang dan sebagainya.dibalut dgn kulit fucuk dan digoreng.masakan yg agak meriah sbb byk bahan2nya juga.ini ada lah resepi yg pertama kali saya cuba..masyaallah sedap nya.boleh di buat lauk atau di makan begitu saja.lebih2 lg di cicah dgn sos cili.utk memudahkan puan mencuba resepi ni saya lampirkan gambar step by step utk membuatnya supaya faham..kulit fucuk tu kita boleh dapati di hypermarket.Hasilnya mmg memuaskan dan sedap .keluarga saya mengemarinya.biasa kita lihat kaum cina yg berjual tp kali ni saya dapat resepinya dr grup masakan yg saya ikuti..
kredit fb:mary teo lee na yg mau berkongsi resepi
BAHAN2NYA:
-3 Bungkus kulit fucuk(dilipat tiga potong dpt 12 keping,lapkan kulit fucuk dgn kain/tisu utk buang kotoran)
-1 kg isi ayam didadu kecil
-1 kg udang didadu kecil
-1 mangkuk bawang besar dicincang halus
-1mangkuk karot dihiris halus
-1 labu bawang putih di cincang halus
-1 mangkuk sengkuang dihiris halus
-1 mangkuk cendawan shitake fi rendam dan dihiris halus
-1 mangkuk daun bawang dihiris halus
-2 biji telur
-sedikit tepung beras utk dicampurkan supaya bahan x basah sgt.(saya letak dlm 4 sudu besar)
-1 sudu besar rempah campuran 5 sekawan(5 spice)
-2 sudu besar minyak bijan
-1 sudu besar serbul pati ayam
-2 sudu besar cuka putih
-2 sudu besar kicap cair
-sedikit garam,lada sulah dan gula secukup rasa
CARA-CARANYA:
-Gaulkan semua bahan mentah terlebih dahulu,kemudian masukkan telur dan tepung
-bila bahan mentah basah sgt biarkan perap selama 1 jam baru mula membalut
-1 keping fucuk masukkan 2 sudu besar dan balut mcm popiah.
-tepi kulit sapukan air tepung utk melekatkan
-kemudian baru goreng dpm minyak yg dipanas.
-api hendaklah sederhana besar bila mengorengnya kerana jika api kuat mgkin kulit fucuk cepat hangus sedangkan inti dlmnya masih belum masak lg.
jika dah dibalut jgn biarkan lama takut nanti pecah kulit fucuk.sebaiknya cepat2 digoreng dlm minyak terendam.ada jugak selepas dibungkus mereka kukus dulu kemudian baru goreng.terpulang nak buatnya..tp saya terus goreng aje..

SELAMAT MENCUBA HARAP BERPUAS HATI😄😄


4 comments:

  1. Sis, mana nak dapatkan kulit tu? Sis guna produk apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa ada dijual di tesco dn di kedai pasar cina dik

      Delete
  2. Sis beli tahu kering tu dekat mana ek? Macam mana rupanya? sebab sy biasa beli semua yg jenis tebal tu huhuhu

    ReplyDelete
  3. Saya beli di kedai cina.dia nipis dn berlipat2. Kita kena potong2 dulu

    ReplyDelete