Cake

Cake

Monday 20 February 2017

KULIT TAHU BERINTI@NGOR HIANG








 kesemua bahan hiris dan cincang td di campur gaul bersama rempah,tepung beras dll
 bentangkan kulit tahu seperti ukuran popiah letak dln 2 sudu besar inti..kemudian sapu tepung yg dicampur air seperti gam sapulah dikeliling atas kulit tahu tu lipat spt popiah

Salam sejahtera..Hari ni saya nak share satu resepi masakan cina..dijamin halal..NGOR HIANG atau kulit tahu berinti ayam/udang dan sebagainya.dibalut dgn kulit fucuk dan digoreng.masakan yg agak meriah sbb byk bahan2nya juga.ini ada lah resepi yg pertama kali saya cuba..masyaallah sedap nya.boleh di buat lauk atau di makan begitu saja.lebih2 lg di cicah dgn sos cili.utk memudahkan puan mencuba resepi ni saya lampirkan gambar step by step utk membuatnya supaya faham..kulit fucuk tu kita boleh dapati di hypermarket.Hasilnya mmg memuaskan dan sedap .keluarga saya mengemarinya.biasa kita lihat kaum cina yg berjual tp kali ni saya dapat resepinya dr grup masakan yg saya ikuti..
kredit fb:mary teo lee na yg mau berkongsi resepi
BAHAN2NYA:
-3 Bungkus kulit fucuk(dilipat tiga potong dpt 12 keping,lapkan kulit fucuk dgn kain/tisu utk buang kotoran)
-1 kg isi ayam didadu kecil
-1 kg udang didadu kecil
-1 mangkuk bawang besar dicincang halus
-1mangkuk karot dihiris halus
-1 labu bawang putih di cincang halus
-1 mangkuk sengkuang dihiris halus
-1 mangkuk cendawan shitake fi rendam dan dihiris halus
-1 mangkuk daun bawang dihiris halus
-2 biji telur
-sedikit tepung beras utk dicampurkan supaya bahan x basah sgt.(saya letak dlm 4 sudu besar)
-1 sudu besar rempah campuran 5 sekawan(5 spice)
-2 sudu besar minyak bijan
-1 sudu besar serbul pati ayam
-2 sudu besar cuka putih
-2 sudu besar kicap cair
-sedikit garam,lada sulah dan gula secukup rasa
CARA-CARANYA:
-Gaulkan semua bahan mentah terlebih dahulu,kemudian masukkan telur dan tepung
-bila bahan mentah basah sgt biarkan perap selama 1 jam baru mula membalut
-1 keping fucuk masukkan 2 sudu besar dan balut mcm popiah.
-tepi kulit sapukan air tepung utk melekatkan
-kemudian baru goreng dpm minyak yg dipanas.
-api hendaklah sederhana besar bila mengorengnya kerana jika api kuat mgkin kulit fucuk cepat hangus sedangkan inti dlmnya masih belum masak lg.
jika dah dibalut jgn biarkan lama takut nanti pecah kulit fucuk.sebaiknya cepat2 digoreng dlm minyak terendam.ada jugak selepas dibungkus mereka kukus dulu kemudian baru goreng.terpulang nak buatnya..tp saya terus goreng aje..

SELAMAT MENCUBA HARAP BERPUAS HATIπŸ˜„πŸ˜„


TUMIS PERIA KENTANG IKAN MASIN

Resepi saya hari ni ada sayur peria.tp kali ni saya bawakan resepi dr sabah..matan menteri pelajaran kita iaitu Tan Sri Sulaiman punya resepi..biasa peria kita masak taucu,tumis dgn telur ,tumis cili tp kali ni saya bawakan resepi yg sedap sekali..tanpa lauk lain dgn satu lauk ni pun cukup bg saya..rasa ikan masin dan udang kering nya mmg menyelerakan masakan peria ni..anak2 saya x suka peria tp bila saya masak dgn resepi ni sejak tu anak2 saya suka peria.makan dgn nasi panas2 mmg sedap.
BAHAN-BAHANNYA
-1/2 biji peria..di hiris rendam dlm air garam sebentar bg kurang rasa pahitnya
-1 biji ubi kentang ukuran besar.(dipotong dadu)
-1 keping ikan masin jenis isi spt tenggiri jeruk,merah atau talang..(digoreng dahulu)
-*2 sudu besar udang kering rendam sebentar
*4 ulas bawang merah
*3ulas bawang putih
*2 biji cili api
semua bertanda * ditumbuk kasar.
-cili merah (dihiris)
garam dan gula secukup rasa

CARANYA:
-ubi kentang yg dipotong dadu td di gaul garam kunyit dan goreng sehingga lembut
angkat toskan
-masukkan bahan yg ditumbuk td tumislah hingga garing.
-masukkan peria gaulkan dan masukkan sedikit air utk lembutkn peria.
-setelah peria lembut masukkan ubikentang goreng td,cili hiris garam dan gula secukup rasa.kacau rata
-akhir sekali masukkan isi ikan masin yg diramas cket kacau rata dan angkat

SELAMAT MENCUBA.πŸ˜€

Saturday 18 February 2017

TELUR DADAR PADANG


Salam hujung minggu sahabat..Hidangan kali ni nampak simple kan.maklumlah sapa yg tak kenal telur dadar.. tp telur dadar yg sara nak sara perkenalkan ni istemewa cket kerana rasanya yg enak sekali.berasal dr PADANG Indonesia yg mana resepi2 tempat mereka mesti tak ketinggalan dgn rempah ratus nya.Telur dadar PADANG ni texture nya tebal seperti mertabak dan sgt sedap..keharuman rempah nya dan bau kelapa parut yg ada menambah selera saya bila berlaukkan telur dadar ni.ok resepi nya spt ini
BAHAN-BAHANNYA:
4 biji telur ayam
4 sudu besar kelapa parut..(nak sangai dulu pun tak mengapa)
3 Sudu besar tepung beras
1Biji cili merah di potong serong
Sedikit daun bawang dihiris
sedikit daun sup dihiris
1sudubesar serbuk ketumbar
1sudu besar serbuk lada sulah
1/2 biji bawang besar dihiris
BAHAN TUMBUK
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARANYA:
-masukkan semua adunan telur kedalam bekas dan dipukul rata

-kemudian masukkan bahan tumbuk
-tambah garam secukup rasa
-pijarkan minyak hingga panas masukkan adunan telur
-apabila telur tgh menaik kecilkan api sedikit kemudian tutup kuali
-bila agak2 masak terbalikkan telur dadar tersebut kemudian tutup.
 - bila agak masak baru di angkat.
SELAMAT MENCUBA.

Wednesday 15 February 2017

BAKWAN SAYUR@CUCUR SAYUR


Salam sahabat..petang ni saya nak perkenalkan satu resepi yg menarik dimana resepi ni saya dapat dr fb saya..resepi ni saya adaptasi dr video Rozita  pengasas ratu jamu malaya..namanya BAKWAN SAYUR atau dikenali cucoq sayur kata orang kita.resepi berasal dr Indonesia sebenarnya..bolehlah lah saya katakan salah satu cucur sayur yg paling sedap yg pernah saya makan ialah YAOHAN MALL  bersebelahan dgn hentian putra di jln tun razak.ketika itu saya masih diusia remaja lagi..tiap kali saya pi mall tu saya akan makan di food court di basement mall tu.bakwan nya mmg sedap dan garing penuh dgn sayur2an dan mmg laku ketika itu.
apa yg menyedapkan bakwan ni ialah kerana rempah ratusnya yg dicampur dlm adunan ni seperti lada putih(lada sulah) dan udang kering dlm adunan bancuhan bakwan ni..ada kelainan rasanya yg tersendiri dan rangup serta garing .ok ini resepinya
BAHAN-BAHANNYA:
1/2 biji kobis....dihiris nipis2
1 batang karot di hiris spt btg mancis
1pokok daun sup/seleri
secekak daun kucai
*4biji cili api
*4-5 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
*2 sudu besar lada sulah
 *3/4 cawan udang kering(rendam sebentar
*4-5 biji buah keras
3 sudu besar serbuk ikan bilis
garam secukup rasa
1/2 kilo tepung gandum
air ais secukupnya utk bancuhan bakwan
yg bertanda *ditumbuk halus
CARA2 BUATNYA:
-Masukkan tepung dlm bekas adunan
-kemudian masukkan hirisan sayur2 spt karot,kobis,daun kucai,daun sup dll.spt cili besar,bawang(yg ni pilihan)
-tumbuk halus bawang merah,bawang putih,lada sulah,udang kering dan buah keras.
-kemudian masukkan adunan tumbuk td dlm bekas tepung td gaul lah dgn garam dan serbuk ikan bilis
-akhir sekali masukkan air ais sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan kental seperti buat cucur kodok
-setelah itu panaskan minyak.bila minyak panas tempekkan adunan bakwan ni ditepi2 kuali dlm sesenduk..setelah tu jiruslah minyak sedikit2 atas adunan sehingga tepung tu jatuh perlahan dlm minyak..goreng lah hingga masak dan garing

SELAMAT MENCUBA..

Sunday 12 February 2017

BINGKA UBI COKLAT



Resepi saya kali ni masih berasaskan ubi kayu juga..tp kali ni saya buat bingka ubi yg biasanya guna gula merah tp saya ubahsuai dgn koko pulak..sekali sekala kita tukar selera pd citarasa lain yg kuih tradisional ni diubah suai tetapi masih mengekalkan rupa kuih tersebut..anak-anak saya bila saya hidangkan kuih bingka gula merah mmg kurang sambutan tp bila saya letak koko ramai yg menyukainya kerana texture bingka ni mcm kek coklat lembab tp x berderai dan kenyal mcm kuih bengkang..jika anda nak cuba kelainan bingka boleh lah cuba resepi ini ya.Saiz bingka yg sara gunakan ini ialah loyang bingka yg saiz kecik.tp kalau loyang puan bersaiz besar boleh lah gandakan sukatannya.

BAHAN-BAHANNYA:
-6 cawan ubi kayu yg di sagat/parut
-3 cawan gula
-3/4 koko yg diayak
-1 kotak santan ukuran kecil atau 250gm santan pekat
-1sudu besar mentega dicairkan
-2 biji telur(dipukul)
-1sudu kecil garam
-1 sudu esen vanila
CARA MEMBUATNYA:
-Campur semua bahan hingga sebati
-Tuang ke dalam satu tin pembakar ukuran sederhana  yg disapu minyak
-bakar dgn suhu 190 darjah celcius selama 45 minit  hingga masak dan perang
-sejukkan dahulu baru keluarkan sebelum dipotong  keping
-hidang utk minum teh petang
 SELAMAT MENCUBA YA..πŸ˜„πŸ˜„





Saturday 11 February 2017

Talam ubikayu berlapis



Assalam..resepi saya kali ni talam ubi kayu berlapis.biasanya talam ubi ni haya dibuat lapisan bawahnya gula merah atau gula putih tp kali ni saya gabungan menjadi dua warna supaya nampak kelaianan sedikit..resepi ni saya ambil dr google jer tp saya ubah suai sedikit..walaupun talam ubi kayu tak mendapat tempat dirumah saya tp saya suka membuatnya bila masa ada kenduri kendara atau pun utk di bawa ke majlis jamuan..lama jugak saya tak"menalam" kuih ubi kayu ni tp atas permintaan anak saya yg masih belajar di sekolah pondoknya..dimana ubikayu kali ni adalah hasil tanamannya bersama rakan2 makan dikirim ubikayu pd saya utk dibuat kuih talam bg disedekahkan di sekolahnya..untuk resepinya ialah.
Bahan2
utk lapisan bawah..
-4 cawan ubikayu yg diparut anggaran 2 kg..saya parut atau blender.kemudian saya tapis airnya..atau perah cket..tp jgn buat air tapisan tu kerana ada sagunya nanti kita ambil kembali .bahagi dua parutan ubikayu ni utk buat lapisan bawahnya
LAPISAN COKLAT-2cawan dr ubi parut tu saya campurkan dgn 3/4cawan gula merah/melaka(masakkan gula ni dgn 1/2 cawan air)
santan1/2 cawan
tepung gandum 2 sudu besar
1camt.esen vanila
-campurkan kesemuanya dan ketepikan
LAPISAN KUNING-2 Cawan ubi kayu parut td saya campurkan dgn 1/2cawan gula pasir2
-2sudu besar gula pasir
sedikit perwarna kuning
1/2 cawan santan kelapa
sedikit esen ros
kesemua ni saya gaul rata dan ketepi
caranya..mula2 saya kukuskan adunan gula pasir (warna kuning) setelah masak saya lapiskan adunan gula merah bila masak adunan kuning saya tekan2 cket dgn daun pisang supaya padat..
seetelah itu akhir sekali baru saya lapisakan adunan kepala talam iaitu lapisan atas putih.
ADUNAN KEPALANYA:
-4cawan santan pekat
-2sudu kecil garam
-11/2cawan tepung gandum
kesemua ni saya campurkan dan tuang atas lapisan ubi tadi..dan kukuslah hingga masak..
SELAMAT MENCUBA

Friday 10 February 2017

Ayam bakar pandan

ayam bakar pandan diberi nama..resepi spontan saya cipta.ntah kenapa pd mulanya saya nak bakar ayam mcm biasa je tetiba sara teringat daun pandan dibelakang rumah saya banyak saya terpikir nak bakar dlm daun pandan..konon nak bg wangi ayam bakar saya ni..resepi ni ada jugak di buat mengikut resepi thailand tp saya adaptasinya menjadi mudah.ok kita lihat resepi ayam bakar sempoii ni
bahan2 nya
-10 ketul dada ayam yg dipotong kecil
 serbuk cili atau cayenne dlm 2 sudu besar
-2sudu madu lebah
-garam secukup rasa
-1 sudu besar sos tiram
-1 sudu besar sos ikan
-garam secukup rasa
-2 biji bawang putih di tumbuk halus
-1 inci halia di tumbuk
 caranya:
satukan isi2 ayam dlm bekas dan campurkan bahan2 tumbuk.
-masukkan sos tiram,serbuk cili,sos ikan,garam,madu tadi dan perapkan dom setengah jam
kemudian ambil isi ayam td balutlah dlm daun pandan seperti balut ketupat palas dan dan dikemaskan dgn lidi
-setelah itu di bakar atas kuali leper dan di renjis2 dgn marjetin campur minyak.balik2 kan sentiasa sehingga masak.
-hidangkan bersama sos thailand
SELAMAT MENCUBA

Thursday 9 February 2017

Ikan kukus nenas




Menu lauk saya hari ni salah satunya ialah ikan kukus nenas.
ikan yg boleh di masak menggunakan menu ni ialah ikan siakap,ikan kerapu,ikan merah dll..penyediaan yg mudah dan rengkas.sesuai utk  yg kurang selera makan saya cadangkan menu ni sesuai sangat utk dihidangkan.resepinya:
bahan2: seekor ikan kerapu
setengah biji nenas
1biji tomato dibelah 6
5biji cili api 
setengah biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 sudu sos plum
2 sudu besar gula 
garam secukup rasa
halia 1in
1gelas air
1Biji limau nipis
caranya
caranya: ikan di lumur dgn lada sulah dan garam.kemudian dikukus dahulu.setelahmasak ketepikan
-cili padi ditumbuk kasar
-bawang besar dan bawang putih serta halia di kisar
- tumis minyak masuk kan cili dan bahan kisar
-setelah bahan tumis naik minyak masukkan air,sos plum,gula dan garam..
-setelah mengelegak masukkan tomato dan nenas dan kacau sehingga mendidih
-akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.setelah masak tuangkan atas ikan kukus td dan dihidangkan.SELAMAT MENCUBA