Cake

Cake

Sunday 12 February 2017

BINGKA UBI COKLAT



Resepi saya kali ni masih berasaskan ubi kayu juga..tp kali ni saya buat bingka ubi yg biasanya guna gula merah tp saya ubahsuai dgn koko pulak..sekali sekala kita tukar selera pd citarasa lain yg kuih tradisional ni diubah suai tetapi masih mengekalkan rupa kuih tersebut..anak-anak saya bila saya hidangkan kuih bingka gula merah mmg kurang sambutan tp bila saya letak koko ramai yg menyukainya kerana texture bingka ni mcm kek coklat lembab tp x berderai dan kenyal mcm kuih bengkang..jika anda nak cuba kelainan bingka boleh lah cuba resepi ini ya.Saiz bingka yg sara gunakan ini ialah loyang bingka yg saiz kecik.tp kalau loyang puan bersaiz besar boleh lah gandakan sukatannya.

BAHAN-BAHANNYA:
-6 cawan ubi kayu yg di sagat/parut
-3 cawan gula
-3/4 koko yg diayak
-1 kotak santan ukuran kecil atau 250gm santan pekat
-1sudu besar mentega dicairkan
-2 biji telur(dipukul)
-1sudu kecil garam
-1 sudu esen vanila
CARA MEMBUATNYA:
-Campur semua bahan hingga sebati
-Tuang ke dalam satu tin pembakar ukuran sederhana  yg disapu minyak
-bakar dgn suhu 190 darjah celcius selama 45 minit  hingga masak dan perang
-sejukkan dahulu baru keluarkan sebelum dipotong  keping
-hidang utk minum teh petang
 SELAMAT MENCUBA YA..😄😄





No comments:

Post a Comment