Cake

Cake

Wednesday 15 February 2017

BAKWAN SAYUR@CUCUR SAYUR


Salam sahabat..petang ni saya nak perkenalkan satu resepi yg menarik dimana resepi ni saya dapat dr fb saya..resepi ni saya adaptasi dr video Rozita  pengasas ratu jamu malaya..namanya BAKWAN SAYUR atau dikenali cucoq sayur kata orang kita.resepi berasal dr Indonesia sebenarnya..bolehlah lah saya katakan salah satu cucur sayur yg paling sedap yg pernah saya makan ialah YAOHAN MALL  bersebelahan dgn hentian putra di jln tun razak.ketika itu saya masih diusia remaja lagi..tiap kali saya pi mall tu saya akan makan di food court di basement mall tu.bakwan nya mmg sedap dan garing penuh dgn sayur2an dan mmg laku ketika itu.
apa yg menyedapkan bakwan ni ialah kerana rempah ratusnya yg dicampur dlm adunan ni seperti lada putih(lada sulah) dan udang kering dlm adunan bancuhan bakwan ni..ada kelainan rasanya yg tersendiri dan rangup serta garing .ok ini resepinya
BAHAN-BAHANNYA:
1/2 biji kobis....dihiris nipis2
1 batang karot di hiris spt btg mancis
1pokok daun sup/seleri
secekak daun kucai
*4biji cili api
*4-5 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
*2 sudu besar lada sulah
 *3/4 cawan udang kering(rendam sebentar
*4-5 biji buah keras
3 sudu besar serbuk ikan bilis
garam secukup rasa
1/2 kilo tepung gandum
air ais secukupnya utk bancuhan bakwan
yg bertanda *ditumbuk halus
CARA2 BUATNYA:
-Masukkan tepung dlm bekas adunan
-kemudian masukkan hirisan sayur2 spt karot,kobis,daun kucai,daun sup dll.spt cili besar,bawang(yg ni pilihan)
-tumbuk halus bawang merah,bawang putih,lada sulah,udang kering dan buah keras.
-kemudian masukkan adunan tumbuk td dlm bekas tepung td gaul lah dgn garam dan serbuk ikan bilis
-akhir sekali masukkan air ais sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan kental seperti buat cucur kodok
-setelah itu panaskan minyak.bila minyak panas tempekkan adunan bakwan ni ditepi2 kuali dlm sesenduk..setelah tu jiruslah minyak sedikit2 atas adunan sehingga tepung tu jatuh perlahan dlm minyak..goreng lah hingga masak dan garing

SELAMAT MENCUBA..

No comments:

Post a Comment